Hiburan

Abam Trauma Meniaga Makanan Gara-Gara Peristiwa Memalukan

gempak
Ahmad Shah
17/10/2016
13:50 MYT
Sponsor Banner
Abam Trauma Meniaga Makanan Gara-Gara Peristiwa Memalukan
Pelawak Abam Bocey akui trauma untuk menjalankan perniagaan makanan gara-gara peristiwa memalukan lima tahun dahulu.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 28, berkata, dia pernah terjatuh ke dalam parit ketika membantu ibunya, Sabariah Arshad berniaga makanan di kawasan rehat dan rawat (R&R) Lebuhraya Utara Selatan.
“Walaupun sudah lima tahun peristiwa tersebut berlaku, saya masih ingat ketika saya jatuh ke dalam parit berkenaan kerana tersalah lompat ketika menuju ke arah ‘food truck’ tempat ibu berniaga.
“Saya berada kira-kira 10 minit dengan separuh badan tersangkut di dalam parit dan saya tidak boleh keluar. Bayangkan dalam keadaan hujan lebat, saya dikerumuni orang ramai.
“Dada saya tersangkut di parit itu dan kaki saya dalam keadaan tergantung. Ibu cuba membantu dengan menarik saya ke atas tetapi tidak berjaya.
“Akhirnya saya berjaya naik ke atas selepas ibu mencampakkan besen di bawah kaki saya yang tergantung. Ketika itu hanya ibu yang bersusah payah selamatkan saya, tanpa bantuan dari orang sekeliling,” ceritanya ketika ditemui Astro Gempak di lokasi penggambaran program ‘Air Tangan Bonda’. terbitan Padusi Pictures di Kota Damansara.
Menurut Abam, disebabkan kejadian itulah dia serik dan trauma untuk berniaga makanan dan cukuplah sekali ditimpa malang seperti itu.
“Saya serik untuk ikut ibu berniaga selepas itu. Tetapi ia akan tetap jadi kenangan dalam hidup saya,” katanya ketawa.
Dalam perkembangan lain, Abam kini sibuk menjalani latihan Teater Muzikal Mok Cun D’Walei bersama-sama pelakon lain seperti Erma Fatima, Fatiya Latiff dan Amy Search.
Abam juga akan muncul dalam Mahaguru Spontan di Istana Budaya pada 22 hingga 23 Oktober ini.
Teks oleh Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live