Laman Utama

Abang Achey Sakit, Masuk Hospital – “Cepat Sembuh Long…”

gempak
Fiza Kamarudin
01/12/2021
08:20 MYT
Sponsor Banner
Abang Achey Sakit, Masuk Hospital – “Cepat Sembuh Long…”
Abang kepada pelawak, Achey, Helmi Hamzah dimasukkan ke hospital kerana masalah paru-paru.
Achey ketika dihubungi Gempak berkata, bagaimanapun abangnya itu negatif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan semalam (Selasa).
“Setakat ini kami belum dapat tahu punca penyakit dia. Cuma yang saya tahu ada masalah di bahagian paru-paru.
“Sebelum ini kesihatan abang saya merosot. Badan susut dan mengalami batuk yang berpanjangan sebelum seluruh ahli keluarga dijangkiti Covid-19 beberapa bulan lepas.
“Ketika itu abang saya tidak dijangkiti, hanya kontak rapat dan Alhamdulillah selepas ujian saringan di hospital tadi pun keputusannya negatif,” kata Achey.
Tambah Achey lagi, abangnya akan dipindahkan ke wad biasa dan menjalani ujian kahak untuk mengesan penyakitnya.
“Sekarang ini nak test kahak dulu sebab takut ada penyakit lain seperti tibi atau lain-lain. Semoga tidak ada apa-apa yang serius,” katanya.
Dalam pada itu, Achey turut memuat naik foto abangnya di wad hospital di laman sosial Instagram (IG).
“Cepat baik long…” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan kesembuhan buat Helmi dan berharap agar Achey bersabar dengan dugaan diberikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live