“Abang Ada Golden Touch Macam Papa…”- Sayu Luahan Syafiq Yusof, Netizen Mohon Jangan Give Up!

Mya Amri
Jun 29, 2022 00:54 MYT
Ciapan adik kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Syafiq terhadap filem arahan abangnya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di Twitter menarik perhatian netizen.

Ciapan sayu itu seolah-olah melambangkan luahan perasaan Syafiq yang juga merupakan seorang pengarah terhadap hasil karyanya sebelum ini.

Menurut Syafiq, setiap sentuhan naskhah abangnya itu pasti mendapat tempat di kalangan penonton jika dibandingkan dengan karyanya.

Menyifatkan Syamsul memiliki sentuhan emas sama seperti bapa mereka iaitu pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, Syafiq bagaimanapun tetap tidak akan berputus asa untuk menghasilkan karya seterusnya.

“Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda. Aku je yang filem kadang-kadang laku kadang-kadang tak laku haha…

“Tapi takpe, rezeki tu ketentuan Tuhan. Yang penting kita jalan terus buat sebaik mungkin. Kadang-kadang naik kadang-kadang jatuh… But never give up! Salute #MatKilau,” coretnya.

Abang aku memang dari dulu ada this golden touch sama macam papa aku masa muda. Aku je yg filem kadang2 laku kdg2 tak laku haha..? tapi takpe, rezeki tu ketentuan Tuhan. Yg penting kita jalan terus buat sebaik mungkin. Kadang2 naik kdg2 jatuh..But never give up! Salute #MatKilau

— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) June 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu di ruangan komen ciapan berkenaan, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Syafiq.

Mereka juga mengatakan karya Syafiq tidak kurang hebatnya sama seperti Syamsul.

Malah, ada yang memuji suntikan kreativiti Syafiq dalam penghasilan beberapa naskhah filem arahannya seperti Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, Desolasi dan SAM.

If your brother and father is golden touch... But you will be silver touch, also have own magic and own fans who appreciate your works.. Good luck and all the best in future..i just hope film industry in Malaysia will be varies like what your family legacy have contributed.

— nia_nurulain (@nia_arein) June 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem dari abang juga pun jarang mengecewakan ☺️ The Yusof Brothers (Syamsul & Syafiq) always the best ?? By the way, lepas tonton #MatKilau tak sabar nak saksikan #AbangLongFadil3 ✨✨

— Joel Kelvin West (@KelvinanakBarat) June 27, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Mat Kilau berjaya mencatatkan rekod penjualan tiket yang memberangsangkan sejak ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Mat Kilau juga berjaya mendapat kutipan RM12 juta dalam masa empat hari tayangannya.

#Syamsul Yusof #Syafiq Yusof #Datuk Yusof Haslam #Mat Kilau #Luahan Hati