Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

‘Abang Bas’ Sebak Selepas Dibebaskan, Peguam ‘Pencil Box’ Hadir Ke Mahkamah Bantu Proses Pembayaran Wang Jaminan RM40,000

Asyikin Mayudin
17/09/2024 04:25 MYT
Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar pada Selasa membantu pemandu bas atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Bas’ dalam proses membayar wang jaminan sebanyak RM40,000 di Mahkamah Sesyen Muar, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Kosmo Online memperlihatkan lelaki berusia 24 tahun itu kelihatan sebak disamping Zaharil selepas dibebaskan.

“Proses membayar jaminan Abang Bas sebanyak RM40,000 sedang dibuat oleh Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Muhammad Hariz Md. Yusoff di Mahkamah Muar, hari ini,” tulis di kapsyen tersebut.

Abang Bas sebelum ini dikenakan tiga pertuduhan secara keseluruhan termasuk dua daripadanya di Mahkamah Sesyen Muar dengan keseluruhan ikat jamin RM40,000 dikenakan terhadapnya.

Menerusi laporan Gempak pada 6 September lalu, pemandu bas sekolah berusia 24 tahun yang memuat naik rakaman video penumpang murid sekolah rendah ditahan di Simpang Renggam.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, dihubungi Gempak berkata, lelaki berkenaan ditahan polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Kluang, kira-kira pukul 2.57 pagi, Jumaat.

Kumar berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seskyen 15 (a)(iii) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seskyen 15(2) Akta Kanak 2001.

Sebelum itu, tular beberapa video yang memaparkan seorang pemandu bas yang mempunyai lebih 600,000 pengikut di TikTok, merakam beberapa murid sekolah perempuan yang dianggap pemandu bas tersebut sebagai ‘crush’ atau seseorang yang diminati atau disukai secara romantik.

Kesemua video yang dirakam sambil memandu itu memaparkan wajah murid-murid tersebut dengan jelas.

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

#Abang Bas #Datuk Ahmad Zaharil #Peguam pencil box
;