,
Laman Utama

Abang Cekik Adik Hingga Mati, Remaja 14 Tahun Direman 7 Hari

Syafiqah Jalal
06/07/2023
07:25 MYT
Remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga mati dalam kejadian di Kampung Bukit Piatu, di sini, petang semalam direman tujuh hari.
Perintah tahanan reman hingga Rabu depan itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Nurul Asyikin Rosli bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, remaja yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah Arab itu dibawa ke mahkamah pada jam 9 pagi dengan berpakaian reman berwarna ungu.
Semalam seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan dilaporkan tahun maut selepas dipercayai dicekik abangnya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, insiden malang menimpa kanak-kanak berkenaan disedari ibunya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit dilaporkan berkata, penahanan suspek dibuat bagi membantu siasatan lanjut dijalankan pihaknya.
Ujarnya, mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung, dan leher.
Sementara itu, bapa dua beradik itu Najli Yakob, 42, mendakwa anak sulungnya yang berada di tingkatan dua itu sering menjadi mangsa buli pelajar senior sekolah berasrama sejak tahun lalu.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Berita

Buaya Baham Pekerja Ladang Di Lahad Datu Ditembak Mati

gempak
13/09/2024
03:55 MYT
Seekor buaya ditembak mati selepas membaham seorang pekerja ladang lelaki warga Indonesia yang memancing di Sungai Matamba dalam kawasan ladang di Jalan Silabukan di sini pagi semalam.
Laman Utama

Remaja Terselamat, Bapa Saudara Hilang Disambar Buaya

gempak
12/09/2024
03:25 MYT
Seorang remaja lelaki hanya mampu melihat bapa saudaranya disambar buaya sebelum hilang dari pandangan ketika mereka mandi di sungai Kampung Baru Marudu Darat, Jalan Ranau-Ranau, di sini pada petang Rabu.