Abang kepada personaliti media sosial Cupcake Aisyah, Hakim Razip disahkan positif COVID-19.

hang in there, bud x

A post shared by stargirl (@cupcake_aisyah) on


Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Aisyah menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.

"Hari ini abang saya telah disahkan positif COVID-19. Semoga kita semua dilindungi Allah," tulisnya pada Selasa.

Justeru dia sekeluarga turut sama perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan masih menunggu keputusan tersebut.

Malah, selebriti muda itu turut berpesan kepada penumpang pesawat Emirates penerbangan dari London ke Kuala Lumpur pada 17 Mac lalu untuk menjalani ujian sama.

Turut sama dalam pesawat berkenaan ialah adik kepada pengacara popular Neelofa, Athisha Khan yang bertemu ketika transit di Dubai untuk ke Kuala Lumpur.

"Seorang individu telah disahkan positif COVID-19 dalam penerbangan yang mana saya pun berada sama.

"Saya bertolak dari Birmingham dan dia dari London (saya tidak pasti dari mana pesawat sebelum transit memandangkan saya tidak dari London).

"Jadi, sebelum transit di Dubai, kami berada dalam pesawat berasingan.

"Jika anda berada dalam pesawat sama sila jalani ujian. Kalau tak faham boleh bertanya saya lagi.

"Mungkin sedikit keliru kerana saya sendiri pun masih terkejut," kata Athisha.

Athisha turut menjalani ujian COVID-19 dan sudah memperoleh keputusannya beberapa hari lalu.

"Dah dapat dan negatif tetapi ada yang mengatakan ia tidak semestinya tepat kalau ujian itu terlalu cepat. Tetapi doktor saya cakap macam tak perlu ujian lagi," tambah Athisha.

Pesanan buat semua, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!