BERITA
“Abang Datang Dalam Mimpi, Terasa...”- Nora Mimpi Arwah Suami
Penyanyi Nora Ariffin bersyukur kerana dia berpeluang berjumpa dengan arwah suaminya Johan Nawawi meskpin hanya dalam mimpi.
Menurut Nora, suaminya datang seperti dalam dunia sebenar.
“29 Jun 2020. Happy birthday to you Pa.
“Alhamdulilah dengan izin Allah, semalam Allah bagi jumpa sekejap walaupun dalam mimpi.
“Abang datang dalam mimpi, terasa sangat real. Allah saja yang tahu.
“Moga abang tenang tenang di sana.
“Jom… Sama-sama bacakan, sedekah Al-Fatihah buat suami tercinta arwah Johan Nawawi,” katanya.
Nora berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik fotonya bersama suami ketika mengerjakan Umrah.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya.
Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017.
Must-Watch Video