Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

Firdaus
24/07/2024 17:00 MYT
Abang kepada Allahyarhamah Nur Farah Kartini iaitu Mohd Farriza Azmi mendakwa dirinya ada berjumpa dengan lelaki yang didakwa terlibat dengan kes pembunuhan adiknya sebelum suspek berkenaan ditahan pihak polis.

"Dia nampak takut-takut...

Menerusi temu bual bersama rancangan terbitan TV3, 999, Farriza mendakwa dia telah berjumpa dengan suspek kira-kira empat hari selepas kehilangan arwah adiknya.

"Saya ada jumpa dia (suspek) di sebuah kedai makan. Saya tanya dia, ‘Ada tak ambil adik (Arwah Nur Farah Kartini), kalau ada pulangkan’.

"Tapi suspek cakap dia tak tahu. Lepas itu saya tanya dia, ‘Tak ada rasa nak cari arwah ke?’. Dia kata ada cubaan nak cari.

"Tapi dia nampak takut-takut. Rupa-rupanya (dakwaan) dia dah bunuh arwah dah masa itu," jelasnya.

Tambah Farriza, tujuan dirinya berbuat demikian kerana tahu bahawa suspek adalah orang terakhir bersama arwah adiknya sebelum dilaporkan hilang.

"Saya nak jumpa dan suspek dia sebab saya tahu bahawa dia adalah orang yang terakhir bersama arwah.

"Macam mana saya tahu adalah melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tempat arwah bekerja.

"Saya juga nak minta tengok perbualan suspek bersama arwah adik di telefon tetapi dia mendakwa telah memadam semua perbualan tersebut.

"Nak minta tengok rakaman ‘dashcam’ pun dia kata (footage) dah hilang," katanya.

Suspek Burukkan Arwah

Dakwa Farriza lagi, suspek juga memburukkan arwah adiknya sewaktu hari pertemuan mereka.

"Masa kami berjumpa itu dia banyak memburuk-burukkan nama baik adik saya," katanya

Imbas kembali, pihak polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

BERITA TRENDING:Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Suspek Disambung Reman Selama 7 Hari

​BERITA TRENDING:Individu Ini Terpegun Lihat Pusara Farah Kartini Tak Putus-Putus Terima Ziarah - “Apa Amalan Arwah..”

​BERITA TRENDING:Kes Bunuh Farah Kartini: Unit Siasatan Forensik Jumpa Kunci Kereta

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.

Pihak polis kemudiannya telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
#Bunuh #Abang #Jenayah #Polis #Farah Kartini