"Abang, Hari Ni Hari Lahir Alif Johan. Tak Sempat Dia sambut 21 Tahun..." - Sebak Nora Ariffin Rindukan Anak & Suami

Badrul Hashim
Mac 7, 2020 04:16 MYT
Walaupun diduga Allah SWT dengan kehilangan suami, Allahyarham Johan Nawawi serta anak keduanya Allahyarham Alif Johan, penyanyi Nora Ariffin merupakan seorang isteri dan ibu yang tabah.
Berkongsi kisah hari lahir anaknya arwah Alif di Instagram membuatkan ramai yang sebak dan turut bersedekah Al-Fatihah buat arwah.
"Abang, hari ni 7/3 hari lahir anak kedua kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni. Alif juga sudah pergi meninggalkan kami.Anak-anak lain, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka.
"Syukur pada Allah dengan kekuatan yang diberi, sokongan anak-anak, Iman, Putri & fatehah, walau payah, perlahan-lahan I cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup dan memberi kebahagiaan utk anak2 kita," tulis Nora pada salah satu entri di Instagram miliknya.
Tulis Nora, sekeluarga mereka merindui Allahyarham Johan dan berdoa semoga mereka dipertemukan kembali di Jannah.
"We miss you a lot. Really Miss you. In Shaa Allah kita semua dpt bertemu lagi di Jannah. Al-Fatihah Johan Nawawi," tulis Nora lagi.
Manakala pada satu entri lain ketika menziarah kubur anak keduanya, Allahyarham Alif Johan, Nora turut mengucapkan selamat ulang tahun buat arwah.
"Happy birthday yang ke 21 buat anakku Alif Johan. Hanya Doa yang mampu mama berikan. Maaf mama tak dapat cium dahi Alif lagi. Moga tenang disana bersama papa.
"In Shaa Allah kita akan bertemu lagi. Mama rindu Alif. Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang dan lain-lain. Miss you my BFF. Nanti kita jumpa lagi ye. Al-Fatihah," tulis Nora.
Suami Nora, pencipta lagu terkenal Johan Nawawi meninggal dunia pada 24 Mac 2017 manakala anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia pada 14 Disember tahun lagu.
#Anak #Nora Ariffin #Suami