Abang Ipar & Anak Saudara Langgar Treler, Nita Hamzah Rayu Doa Peminat

Amri Hassan
Ogos 27, 2018 05:30 MYT
Penyanyi yang baru mendirikan rumah tangga, Nita Hamzah merayu peminatnya untuk mendoakan ahli keluarganya yang terbabit dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.
Menerusi laporan akhbar tempatan, abang ipar dan anak saudara penyanyi itu cedera apabila kenderaan yang dipandu melanggar belakang treler ketika dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur.
"Semoga anak buah dan abang ipar saya cepat sembuh. Minta semua doakan ye," tulis Nita bersama keratan akhbar yang memaparkan keadaan lokasi kejadian.
Dalam kejadian itu, pemandu, Muhammad Zamri patah kaki kiri manakala penumpangnya, Muhammad Azrin koyak lutut kiri.
Kedua-duanya dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
#Penyanyi #Viral #Kemalangan #Penyanyi #Viral #Nita Hamzah