"Abang Keliru Lah..." - Aliff Syukri Minta Cadangan Beri Nama Anak

Asraf Aided
Oktober 28, 2019 08:17 MYT
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akui gementar untuk menyambut kelahiran cahaya mata yang kelima tidak lama lagi.
Aliff juga keliru dan meminta cadangan orang ramai tentang pemilihan nama yang sesuai untuk anaknya itu.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan wargamaya.
"Korang rasa dalam perut isteri abang ini baby girl or baby boy..cuba teka?
"Kalau dapat baby girl..apa nama yang paling sedap dan yang paling sesuai? Tapi kalau dapat baby boy pula apa nama yang sesuai nak bagi, abang keliru lah.
"Nama yang korang cadangkan paling unik dan istimewa mungkin abang akan ambil untuk abang gunakan sebagai nama anak yang dalam kandungan ini," tulisnya sebagai kapsyen.
Di entri itu juga, Aliff berkongsi fotonya memegang perut isteri, Datin Seri Shahida yang sedang sarat hamil lapan bulan.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon dengan meneka jantina bayi berkenaan, ada juga yang memberi cadangan nama yang harus diberikan.
Imbas kembali, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini serta seorang anak angkat.
#Aliff Syukri