gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Persaingan Akan Lebih Sengit, Firdaus Rahmat Titip Pesanan Buat Peserta - “Ego Dengan Ego Dia Tak…”
HIBURAN
Konsert Ada Apa Dengan Melly… Prom Nite Bakal Bawa Rangga? Nicholas Saputra Komen - “Wait For The Surprise”
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Lelaki Atau Perempuan Lebih Complicated? Ramai Setuju Jawapannya Adalah…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Abang Kritikal Kerana Covid-19, Zehra Zambri Kesal Rawatan Lambat Diberikan

gempak
Fiza Kamarudin
17/09/2020
01:01 MYT
Sponsor Banner
Abang Kritikal Kerana Covid-19, Zehra Zambri Kesal Rawatan Lambat Diberikan
Penyanyi dan pembaca berita Zahra Zambri mengesahkan abangnya Zharif Zambri kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital King Fahad, Makkah, Arab Saudi, akibat Covid-19.
Zehra berkata, abangnya yang bertugas sebagai chef di sana disahkan dijangkiti wabak itu sejak 30 Ogos lalu.
"Sudah lebih dua minggu abang saya dijangkiti wabak itu. Keadaannya sangat kritikal dan tak sedarkan diri.
"Malah, sejak Rabu lalu, dia dikomakan oleh pihak hospital dan diberikan rawatan extracorporeal membrane oxygenation (Ecmo) kerana paru-parunya sudah tidak dapat berfungsi," katanya.
Zehra juga meluahkan rasa terkilan apabila abangnya lambat diberikan rawatan yang sepatutnya.
"Tiga kali abang saya terpaksa berulang alik ke ke hospital, namun, pihak hospital sana hanya memberikan ubat dan diminta pulang. Sepatutnya mereka masukkan abang saya ke wad.
"Apabila keadaannya sudah kritikal, barulah mereka ambil tindakan. Saya tak pasti sama ada layanan kepada orang luar dan bukan warganegara mereka adalah seperti itu, atau kerana mereka kekurangan kemudahan wad kerana kes yang meningkat," katanya.
Selain abangnya, kakak ipar Zehra juga disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada 30 Ogos.
"Kakak saya bekerja sebagai jururawat di hospital di sana. Selepas menjalani ujian, dia pun disahkan positif dan lebih menyedihkan, mereka ada anak yang masih bayi berusia enam bulan.
"Kerana tak ada pilihan lain, kakak ipar saya yang menjaga anak mereka di rumah walaupun berisiko tinggi terkena jangkitan. Alhamdulillah, setakat ini, anak mereka masih lagi negatif," katanya.
Ditanya mengenai punca jangkitan, Zehra mendapat maklumat bahawa abangnya dijangkiti virus itu daripada rakyat Malaysia yang berada di sana.
"Daripada apa yang diberitahu, ada kenalan abang saya yang positif Covid-19 berjumpa dengan abang dan tak tahu individu itu positif," katanya.
Menurut Zehra dan keluarga di sini hanya mampu berdoa dan reda dengan ketentuan Allah SWT.
"Rabu lalu, sebelum abang dikomakan, dia sempat menghubungi ibu bapa saya melalui panggilan video. Walaupun dalam keadaan sakit, dia memohon maaf kepada ibu dan ayah.
"Katanya, dia tahu penyakit ini takkan sembuh. Itu kali terakhir ibu dan ayah saya berbual dengannya. Sekarang, kami hanya mampu berdoa dari jauh dan ada melakukan solat hajat.
"Saya mohon, semua dapat doakan kesejahteraan abang saya dan dipermudahkan untuk kami sekeluarga," katanya.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#COVID 19
#Abang kritikal
#Zehra Zambri
Must-Watch Video