HIBURAN
Abang Kunci Mulut, Minta Beri Masa Untuk Muntazar Ghufran Beri Kenyataan - “Boleh Beri Kami Sedikit…”
Pelakon, Firdaus Ghufran enggan mengulas lanjut mengenai isu hangat yang sedang melanda adiknya, Muntazar Ghufran.
Ketika dihubungi Gempak, Firdaus hanya meminta sedikit masa dan ruang diberikan kepada keluarga terutama adiknya bagi menjawab isu putus tunang bersama aktres, Saidah Kamarudin.
“Boleh beri kami sedikit masa untuk menjawab semua persoalan ini,” balasnya ringkas kepada Gempak.
Dalam pada itu, Firdaus juga menyatakan dia bakal memberi satu kenyataan namun memerlukan masa untuk berbuat demikian.
“Ya saya akan bagi kenyataan tapi buat masa ini bagi kami ruang dahulu.
“InsyaAllah ya,”tambahnya.
Terdahulu, Saidah Kamaruddin meluahkan rasa marah apabila mendakwa bekas tunangnya telah menggodam akaun TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Saidah berkata tahap kesabarannya semakin menipis apabila bekas tunang tersebut turut didakwa menghantar mesej peribadi kepada rakan-rakannya.
Aktres berusia 28 tahun itu sudah menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Menerusi satu temu bual bersama portal hiburan, Saidah turut menyatakan bahawa punca terlerainya ikatan pertunangan adalah kerana isu kewangan yang dihadapi Muntazar.
Sekadar info, Saidah pernah mengikat tali pertunangan dengan aktor, Muntazar Ghufran pada Mei tahun lalu.
Must-Watch Video