Laman Utama
Abang Long Fadil 3 Raih RM10 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan
Filem aksi komedi, Abang Long Fadil 3 yang ditayangkan di pawagam secara rasmi sejak 8 September lalu, telah berjaya meraih kutipan RM10 juta setakat jam 12 tengah hari ini.
Sambutan baik ini membuktikan penonton masih meletakkan kepercayaan pada karya-karya tempatan dan sekaligus memperlihatkan industri filem Malaysia kembali meriah.
Wakil Penerbit Abang Long Fadil 3 dan merangkap Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata: “Syukur Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan filem Abang Long Fadil 3. Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami mempersembahkan naskhah yang dihasilkan ini mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton.
“Sejak ditayangkan, kami telah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas menyaksikan Abang Long Fadil 3 dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” katanya menerusi satu kenyataan.
Filem Abang Long Fadil 3 yang ditayangkan sejak 8 September lalu menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.