Laman Utama
Abang Long Fadil 3 Raih RM18 Juta Kutipan Dalam 11 Hari Tayangan, Yusof Haslam Ucap Terima Kasih!
Filem komedi aksi Abang Long Fadil 3 (ALF3) terbitan Skop Productions dan Astro Shaw berjaya meraih kutipan RM18 juta dalam tempoh 11 hari.
Wakil Penerbit Abang Long Fadil 3 dan merangkap Pengerusi Skop Productions, Datuk Yusof Haslam bersyukur kerana filem arahan Syafiq Yusof ini Berjaya memikat hati semua golongan terumata keluarga.
Lalu Yusof mengucapkan ribuan terima masih di atas sokongan yang padu.
“Alhamdulillah atas sambutan yang memberangsangkan ini. Menerusi platform sosial media serta tinjauan pihak kami menerusi siri jelajah Abang Long Fadil 3 (road tour) baru-baru ini, kami mendapati rata-rata penonton filem ini yang hadir ke pawagam adalah dari golongan keluarga.
“Saya dan rakan penerbit Astro Shaw ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem arahan Syafiq Yusof dan kami harap bagi yang belum menonton filem ini agar tidak lepaskan peluang untuk menyaksikan serta berhibur dengan Abang Long Fadil 3,” katanya.
Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.
Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.
Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.
Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini.
Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Must-Watch Video