Abang Long Fadil Berjaya Masuk Pasaran Jepun, Tukar Tajuk Kepada Kung Fu Mafia

Kamaruddin Razal
Jun 27, 2018 14:19 MYT
Filem arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil berjaya menembusi pasaran home video di negara Jepun.
Berita ini disampaikan menerusi laman Twitter Filem Kita (@FilemKita) beberapa hari lalu.

Filem #AbangLongFadil (2014) berjaya masuk pasaran home video di Jepun pada Mei 2018. Tajuk ditukar kepada Kung Fu Mafia. Dialog asal dikekalkan dengan tambahan sarikata Jepun. pic.twitter.com/ZJ1b6uYyJO

— FILEMKITA.com (@FilemKita) June 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem Abang Long Fadil yang diterbitkan pada tahun 2014 ini berjaya memasuki pasaran home video di negara matahari terbit ini pada Mei 2018 oleh Curiouscope.
Tajuk filem ini ditukar kepada Kung Fu Mafia dan dialog asal telah dikekalkan dengan tambahan sarikata Jepun.

#AbangLongFadil (Kung Fu Mafia) diedarkan di Jepun oleh Curiouscope:https://t.co/YKYr0iZqobカンフー・マフィア/ DVD: https://t.co/nET9gvcQsr Trailer dengan sarikata Jepun: https://t.co/eB4jKky8mY

— FILEMKITA.com (@FilemKita) June 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Abang Long Fadil menjadi filem arahan kedua Syafiq dan ia merupakan spin-off kepada filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof.
Filem ini menampilkan lakonan hebat Zizan Razak, Kamal Adli, Tauke, Datuk Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Soffi Jikan, Yassin, Allahyarham Harun Salim Bachik dan ramai lagi.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Twitter & YouTube
#Filem #Filem #Abang Long Fadil