Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Abang Malek Dah Jadi Lembik Dah" - Aaron Aziz Terkesima Anak Hadiahkan RM100 Untuk ...

Amri Hassan 03/07/2019 | 03:35 MYT
Pelakon Datuk Aaron Aziz tersentuh apabila anak bongsunya, Dahlia Arissa yang baru berusia 9 tahun menghadiahkannya wang RM100 untuk memajukan perniagaan keluarganya.
Dedah Aaron, Dahlia turut menulis sepucuk surat ringkas bersama sejumlah wang sebagai hadiah buatnya dan isteri, Diyana Halik.
"Hati saya luluh apabila anak saya Dahlia Arissa melakukan perkara ini kepada saya dan Diyana.
"Hanya kerana saya memintanya berdoa supaya perniagaan kami berjalan lancar, dia memberikan duit rayanya berserta sekeping kad.
"Ya Allah saya sangat tersentuh dengan kebaikannya!
"Tak apa adik, ayah takkan kacau duit awak okey sayang...," tulis Aaron berserta tanda pagar Abang Malek Dah Jadi Lembik Dah.

My heart melted like molten lava on chocolate when My Moonlight @dahliaarissaaaron did this for me and her Mummy @diyanahalik Just because I asked her to doa for her parents business to bloom, she took her Hari Raya money and made this card. Ya ALLAH I’m so touched by her kindness. It’s ok Adik, Daddy won’t disturb your money k sayang. #aaronazizfamily #Abgsebakmcmnaknangis #Abgemotionalskrgjgnkecam #Abgbersyukuradaanakpenyayang #AbgMalekdahjadilembikdah

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Posting beremosi Aaron itu mendapat pujian ramai termasuk rakan selebriti yang memuji kerendahan hati anaknya yang pemurah itu.
Ada antara peminat yang meminta Aaron menyimpan duit pemberian anaknya itu bagi mengelakkan si cilik itu berkecil hati.
"Don't return the money. You will disappoint her. Just take it to show your appreciation. It means something to her. You can give it back later but as a present maybe, nothing to do with her "present"," tulis salah seorang pengguna.
Perkahwinan Aaron dan Diyana dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 15, Dwi Ariana, 13 dan Dahlia Arissa.
#Anak #Datuk Aaron Aziz #Dahlia Arissa
;