Pelakon Norman Hakim melakukan doa selamat bersama keluarga buat anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Norman berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Menurut Norman, dia mendoakan agar segala urusan dipermudahkan buat Danish dan juga para pelajar SPM tahun ini.

Solat jemaah dan doa selamat kita-kita aja sempena Abang @danishhakimofficial nak mula peperiksaan SPM 22/2/2021 ni.

“Cabaran ‘psikologi’ buat Danish dan semua pelajar-pelajar tingkatan 5 tahun 2020 sepanjang tahun lepas hingga ke tahun ini.

“Doa kami buat Abang Danish dan juga pelajar-pelajar tingkatan 5 yang lain akan sentiasa mengiringi kalian semua. Amin Ya Rabb,” tulisnya.

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)


Posting itu juga disertakan dengan video pendek yang merakamkan Danish sedang bersalaman dan memeluk keluarga sebagai tanda mengambil berkat.

Paling manis apabila tindakan Danish itu disambut dengan ciuman oleh ibu dan bapanya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan Danish.

“Ya Allah sedihnya… Semoga abang Danish diberikan hati yang terang dan mudah dalam menjawab soalan… InsyaAllah pass with flying colours,” komen @zillaramli

“Meriah anak-anak Norman dan keluarga… Dah besar-besar seronok. Semoga abang Danish berjaya dengan cemerlang,” tulis @rosidah_anang

BACA: “Walaupun Covid, Saya Akan Buktikan!” - Counting Days...Calon SPM Dah Ready?

Untuk makluman, SPM bakal bermula 22 Februari inii dan pelajar yang dijangkiti COVID-19 atau dalam tempoh kuarantin perlu mengemukakan surat atau bukti daripada pihak hospital.

Bagaimanapun, calon yang sembuh atau habis tempoh kuarantin ketika peperiksaan masih berjalan, mereka perlu menduduki baki kertas peperiksaan yang ada.

Apapun Gempak doakan semua pelajar SPM kali ini tetap cekal dan cemerlang!