Laman Utama
'Abang PDRM UTK' Pula Tambat Hati Netizen, Single Lagi Ker?”
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 telah berlangsung dengan meriah dan jayanya di Dataran Putrajaya pada pagi Ahad dan seperti tahun sebelum ini, segmen perarakan antara yang paling dinantikan oleh orang ramai.
Seperti biasa, kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapat perhatian di media sosial, namun bukan itu sahaja, nampaknya kontijen Polis Di Raja Malaysia (PDRM) turut memikat hati.
Salah seorang anggota kontijen PDRM yang dikenali sebagai Calvin Lee menjadi tular di laman sosial disebabkan ketampanan yang dimilikinya sehingga netizen.
Malah, rata-rata netizen turut menyamakan wajah anggota tersebut dipercayai bertugas di jabatan Unit Tindakan Khas (UTK) itu dengan selebriti korea dan menggelarnya ‘oppa’.
“Herlokkkk sungguh kejadiannya.
“Oppa Malaysia pun bukan kaleng-kaleng. Terbaik.
“Aw handsomenya. Diorang tak tahu lagi,” komen beberapa netizen.
Sementara itu, seorang individu yang dipercayai rakan kepada Calvin mendedahkan anggota tersebut masih berstatus solo, sekali gus membuat golongan wanita tidak keruan.
“Ini dia orangnya... dan disahkan bujang lagi... jadi, cepat masuk meminang,” dedah rakannya.
Malah, individu tersebut turut berkongsi akuan TikTok dan Instagram milik anggota berkenaan.
Menganggap netizen pandai berjenaka, Calvin menerusi akaun TikTok miliknya juga mengatakan dirinya masih bujang dan belum bertemu dengan jodohnya lagi.
“Betul-betul kelakar la u semua. Jangan risau, masih single dan jodoh belum ada lagi,” katanya.
Menerusi tinjaun Gempak, pengikut ‘oppa’ Calvin juga sudah bertambah berbanding sebelum dirinya tular.
Must-Watch Video