Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Abang 'Serbuk Arang Gigi' Buat Hal Lagi! Baju ‘Beg Galas’ Janna Nick Jadi Mangsa Terbaru

Hanafis Haris
09/04/2019 11:09 MYT
Jika anda pernah menonton parody 'serbuk arang gigi D' Herbs', pasti anda mengenali pemuda ini.

Sekali imbas memang saling tidak tumpah mukanya dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Antara artis popular lain yang pernah menjadi mangsa pemuda ini termasuklah Elfira Loy dan Neelofa.

Baru-baru ini, dia kembali lagi di media sosial dan kali ini menjadikan pelakon dan penyanyi Janna Nick sebagai 'bahan' lawaknya.

Menariknya, pakaian Janna ketika di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 minggu lalu telah dipilih untuk dijadikan parody. Hanya kain merah dan beg sebagai props, memang saling tak tumpah!

Malah rata-rata pengikutnya bersetuju dengan props terbabit kerana pakaian yang digayakan oleh Janna itu memang sedikit sebanyak menampakkannya seperti sedang menggalas beg.



#Viral #Janna Nick #Viral #DFKL