"Abang Tak Sempat Nak Memohon Maaf Daripadanya..." - Afdlin Shauki Jelaskan Kenapa Dia Kini Lebih Banyak Berdiam Diri

Badrul Hashim
Oktober 13, 2020 00:15 MYT
Penyanyi, pelakon, pengarah dan pengacara Datuk Afdlin Shauki mempunyai sebab tersendiri mengapa dia mengambil pendekatan untuk mengurangkan entri yang berbentuk komentari sosial dan politik di Instagram miliknya.
Pemergian orang-orang yang tersayang dalam tempoh yang dekat dan kerana usia yang semakin meningkat merupakan sebab utama Afdlin mengurangkan entri-entri tersebut.
"Di usia abang sekarang dan selepas pemergian ibu, ayah dan adik abang dalam masa yang sangat terdekat. Ada satu insiden yang bermain di minda. Kerana berpemikiran positif yang bonda akan selamat dari pembedahan jantung yang di katakan rutin, abg tak sempat nak memohon maaf daripadanya sebelum beliau memasuki bilik bedah.
Baca: “Rasa Kekosongan Yang Sangat Besar...”- Afdlin Shauki Kesal Tak Luangkan Lebih Masa Dengan Arwah Ibunya
"Dan semua tahu yang ibu abang telah pergi selepas pembedahan itu. Jadi realisasi paling besar bagi abang adalah kadang kadang kita ni lupa yg Allah SWT sudah set ajal kita dan bila tiba masanya, positive macam mana minda kita pun takkan mengubah anything," tulis Afdlin di Instagram miliknya.
Tambah Afdlin, dia juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah rasa sakit hati dan kepada mereka yang ada merasakan dirinya melakukan kesalahan.
"Apa yang abang buat sekarang adalah lebih kepada action more than words. Nak buat baik kita buat ajalah, social media ni adalah platform paling mudah kita membuat dosa jika kita mengeluarkan pendapat dalam keadaan marah atau terfitnah orang berdasarkan informasi tak tepat.
Baca: Adik Afdlin Shauki Meninggal Dunia
"Jadi korang akan tengok kerja abang saja di social media dan perkara-perkara happy dan personal abg sahaja. Kepada yang mengata atau memfitnah abang, abang maafkan semuanya," tulis Afdlin.
Tambahnya lagi, kita tidak akan tahu fakta yang sebenar kecuali kita nampak dengan mata kepala kita sendiri tentang sesuatu perkara yang terjadi.
"Jadi kita sangka baik saja semua benda yang tengah kecoh dekat social media macam kes kawan-kawan kita yg berada dalam kesusahan. Jom kita buat media social ni tempat yang kita dapat ilmu dan berhibur secara baik. Diam tak bermakna lemah. Kekuatan datang dari kesabaran dan undang-undang Allah dan kehakiman di dunia," tulis Afdlin lagi.
Baca: Bapa Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Pembedahan
Ibu Afdlin, Allahyarham Fadzillah Jelani meninggal dunia pada 15 Oktober 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani pembedahan pintasan jantung pada 9 Oktober.
Adik bongsunya, Allahyarham Jeffri Adzman, seorang penyunting video meninggal dunia di Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya selepas terbabit dalam kemalangan pada 9 Jun, 2019.
Bapanya, Allahyarham Aksan Abu Bakar meninggal dunia pada 11 Ogos 2020 selepas menjalani satu pembedahan di HUKM.
#Ayah #Ibu #Datuk Afdlin Shauki #Adik