Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Abang Tesla Dah ‘Fed Up’ Main Media Sosial - “Yang Jadi Batu Api Punca Keretakan Rumah Tangga Lebih Baik Bertaubat”

Asyikin Mayudin
20/08/2024 01:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Abang Tesla mengakui dia sudah malas untuk bermain laman sosial disebabkan terdapat segelintir pihak yang bersikap batu api sehingga menyebabkan keretakan rumah tangganya.

Malas main media sosial

Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 29, memohon mana-mana pihak yang ingin melihat rumah tangganya musnah segera bertaubat.

"Saya jadi malas nak main media sosial semenjak dua menjak ini. Kalau boleh nak duduk senyap-senyap tanpa orang kenal.

"Sebab dalam media sosial banyak sangat yang batu api dan jadi punca keretakan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Buat Content Batu Api, Abang Tesla; "Netizen Yang Melaga-Lagakan.."

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”

"Kepada yang jadi batu api punca keretakan rumah tangga itu lebih baik bertaubat,” luah Abang Tesla menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Bawa mulut

Dalam pada itu, Abang Tesla turut meluahkan rasa kesal dengan pihak yang ‘membawa mulut’ dan menyampaikan berita kepada isteri-isterinya.

"Sebab seperti kalian sedia maklum memang saya kahwin dua, jadi tak perlu batu api penyampai kepada isteri saya bila nampak saya keluar dengan isteri satu lagi,” ujarnya lagi.

#Rumah tangga #Abang Tesla #Isteri Abang Tesla #Rumah tangga Abang Tesla
;