Laman Utama
Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
Pempengaruh dan pencipta kandungan TikTok, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya dan juga pengguna media sosial apabila mengumumkan yang dia kini bernikah untuk kali kedua.
Tidak hanya itu, menerusi video yang dimuat naik di platform berkenaan, Abang Tesla turut memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama.
“Tiga jam sebelum melangsungkan pernikahan kedua, solat subuh sama-sama sambil diiringi air mata.@abg.tesla Isteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami ♬ original sound - ABG.TESLA
“Mungkin ramai yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri, tapi saya tidak. Saya tidak akan membelakangi isteri saya,” katanya.
Menurut pempengaruh itu lagi, isterinya reda dan sangat menjaga aibnya sebagai seorang suami.
“Tipulah kalau dia tidak sedih, tapi saya ambil masa untuk pujuk hati dia tentang hasrat saya. Isteri yang baik adalah isteri yang taat kepada suami dan menjaga maruah suami,” katanya lagi.
Menurut Abang Tesla, dia terus berjumpa dengan isteri pertamanya sebaik sahaja selesai majlis akad nikah bersama isteri kedua.
“Selesai nikah saya terus cari isteri pertama untuk make sure dia tidak emosi.
“Poligami adalah sesuatu yang Allah beri untuk memperbetulkan apa yang silap. Jangan disebabkan orang lain, poligami dipandang hina di mata manusia,” katanya.
Selain video mengumumkan tentang pernikahan kedua, Abang Tesla turut memuat naik video kedua yang memperlihatkan dia dan isteri pertama menghabiskan masa bersama.@abg.tesla Spent masa dengan my first wife.. ❤️ #abgtesla #fyp #poligam ♬ original sound - ABG.TESLA
Sungguhpun begitupun, pengguna media sosial mempunyai pandangan berbeza terhadap berita yang dikongsikan oleh Abang Tesla.
Must-Watch Video