‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar mengakui akan ke negeri Kelantan dan Terengganu bagi membantu mangsa-mangsa banjir berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan.

Azwan berkata, perkara tersebut masih dalam peringkat perancangan dan akan memaklumkan lebih lanjut di akaun media sosialnya tidak lama lagi.

“Ya saya memang ada perancangan untuk pergi (membantu mangsa-mangsa banjir),” katanya.

BACA: #G The Untold Story: Setulus Hati Azwan Omar, Viva Pinjam & Enjin Bot Kawan

Pada Ahad, sebuah hantaran di Facebook Viral Media Johor memaparkan tangkap layar perbualan antara Azwan bersama pengguna media sosial yang menyatakan Azwan dalam persiapan untuk ke Terengganu bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tarikh untuk bertolak, Azwan berkata dia masih belum pasti lagi bila akan bergerak ke negeri tersebut.

“(Bila nak pergi) Itu saya tidak pasti lagi tetapi nanti kalau ada apa-apa saya akan ‘update’ (maklumkan) di Facebook saya.

“Memang saya akan ‘update’ di Facebook saya sahaja,” ujarnya.

Terdahulu Abang Viva menjadi tular selepas usahanya membantu mangsa banjir di Shah Alam Selangor hujung tahun lalu mendapat perhatian.

Sumber: Sinar Harian

A post shared by jentikhati™ (@jentikhati)