Abang Viva & Isteri Saling Berbalas Status? Apa Yang Belaku Sebenarnya? “Cari La Yang Lebih Baik”

Izwan Isa
Disember 2, 2023 03:32 MYT

Status rumah tangga pempengaruh Abang Viva tiba-tiba menjadi perbincangan dalam kalangan netizen apabila dia dan isteri masing-masing berbalas status di platform TikTok.

Hal tersebut bermula apabila isterinya, Evanoza Zakaria terlebih dahulu memuat naik status berkenaan dengan pengorbanan, selain menyatakan rasa penat yang tidak terhingga.
Kemudian, Abang Viva pula berbuat hal yang sama, dengan menekankan tentang isu apa dilihat dari luar tidak sama dengan apa yang ada di dalam diri. Bagaimanapun, video berkenaan telah pun dipadam.
Mereka suami isteri turut berbalas komen dan mengajak sesama sendiri bersiaran langsung bagi menjernihkan keadaan.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikut yang menzahirkan rasa risau dan berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan cara baik.
Untuk rekod, Abang Viva dan Eva mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022.

BERITA TRENDING: [VIDEO] Didakwa Sudah Berpisah, Ini Penjelasan Isteri Abang Viva - “Eva Tak Tahu Kenapa Sampai Hari Ini Orang...​"

#Abang Viva