VIRAL
Abang Viva Sahkan Sudah Bercerai, Kongsi Luahan Perasaan - “Memang Sakit Untuk Dinikmati, Tapi…”
Rumah tangga Abang Viva dengan Eva Noza Zakaria didakwa sudah berakhir apabila sukarelawan misi banjir itu mengesahkannya menerusi perkongsian di TikTok.
Sah cerai
Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar berkongsi paparan skrin perbualan mesej antara dia dengan seseorang yang menasihatinya untuk rujuk pejabat agama mengenai masalah rumah tangga.
Bagaimanapun menerusi perbualan itu, Abang Viva memaklumkan dia dah bekas isterinya itu sudah bercerai.
“Dah cerai dah pun. Tak boleh tahan, maruah kita saja yang kena pijak,” kongsinya yang kemudian mengambil langkah untuk memadam.
Dalam satu perkongsian lain di TikTok, Abang Viva turut meluahkan perasaannya dengan mengatakan dia reda melepaskan biarpun sakit namun kehidupan perlu diteruskan.
Luahan hati
“Pesan pada hati, ikhlaskan yang sudah pergi. Memang sakit untuk dinikmati, tapi sesakit mana pun, itulah realiti. Hidup perlu diteruskan. Slow-slow kawan, kita berjuang untuk perasaan ini,” tulisnya.
Bagaimanapun kedua-dua perkongsian tersebut telah pun dipadam selepas beberapa jam dikongsikan.
Maruah keluarga
Menerusi perkongsian terbaharu di TikTok, Abang Viva memberitahu dia hanya ingin mempertahankan maruah keluarganya yang dicaci dan dihina daripada pelbagai pihak yang tidak mengetahui cerita sebenar.
“Maaf untuk apa yang terjadi. Bukan niat mencari salah, bukan juga untuk membuka aib tapi sekadar untuk memberi rasa apa yang saya hadap atas satu kesilapan yang saya buat.
“Sehingga saya dan keluarga teruk dihina, dicaci dari pelbagai pihak tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.
“Terlalu penat pendam, sabar dan hadap dengan kritikan yang bagai tiada penghujung. Tujuan saya hanyalah satu untuk membersihkan nama keluarga serta mak ayah.. maaf sekali lagi,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Dalam Keadaan Sebak, Eva Noza Dakwa Sudah Berpisah Dengan Abang Viva - “Saya Tak Sanggup Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Eva Noza Dakwa Abang Viva Mesej Wanita Lain Sejak September, Sedih Suami Sendiri Mengata Belakang - “Hati Aku Retak”
ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Lupa Pada Kereta Yang Banyak Berjasa Tapi…” - Abang Viva Bakal Mulakan Misi Bantuan Banjir Tanpa Ditemani Viva
Sebelum ini, Eva Noza berkongsi video memperlihatkan dia dalam keadaan sebak dan memohon ruang untuk dirinya menjalani tempoh iddah.
Pada tahun lalu, Eva pernah mendakwa Abang Viva bermesej dengan seorang wanita berstatus isteri orang.
Menerusi pendedahan itu, Eva turut mendakwa suaminya dan wanita tersebut sering bercakap buruk mengenainya di perbualan mesej antara mereka.
Untuk rekod, Abang Viva selamat mendirikan rumah tangga dengan Eva Noza pada 14 Oktober tahun lalu.
Sekitar April 2023, isteri kepada Abang Viva itu mendedahkan dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
Must-Watch Video