Abang Viva Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah Dari APM - “Rakyat Angkat Rakyat, Kau Memang Layak”
Azwa Rahman
29/12/2021 09:05 MYT
29/12/2021 09:05 MYT
Hero banjir negara, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva memanjatkan kesyukuran apabila menjadi penerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah.
Penghargaan tersebut diberikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan turut dikongsi di laman Facebook rasmi mereka.
Menerusi Platform TikTok, Abang Viva turut dilihat memuat naik momen membanggakan itu untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua, saya telah menerima sijil penghargaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Penghargaan disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed yang menganugerahkan 'Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya' kepada Abang Viva di atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.
Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa.
undefined
Sementara itu di ruangan komen, penghargaan tersebut membuatkan ramai wargamaya memberikan kata-kata sokongan dan positif buat dirinya.
Malah, ramai yang sebak apabila melihat Abang Viva memakai tshirt, seluar dan topi yang selalu disarungkan setiap hari ketika membantu mangsa banjir.
“@M_S_Fizam_S:Ko memang layak bro. Nama ko disebut dalam khutbah sedangkan ko bukan raja atau menteri, itu lebih tnggi penghargaannya”
“@??????????:kalau tanpa mu bro mungkin ramai yang tergadai nyawa tak dapat diselamatkan. Tahniah hero”
“@Nurul Aien:Tahniah!! Humble nya dia. Tak perlu kemeja suit ke untuk datang ambil award”
“@@tali getah:Terbaik bang. Terima kasih kerana membantu mangsa-mangsa banjir.. Terima kasih rakyat malaysia, NGO, yang bertungkus lumus membantu mereka yang dalam musibah”
@Crazy Angler:Alhamdulillah .semoga mata-mata pihak berwajib lebih peka dalam menghargai orang-orang awam, sukarela yang sama-sama membantu negara dalam musibah”
“@epul:Tak payah menteri angkat, rakyat angkat rakyat”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 1 juta tontonan.