Berita

"Abang Wan Minta Tolong Hatta, Tapi..." - Hatta Dolmat Terkilan Tak Dapat Bantu Radzuan Radziwill Buat Pakaian Frontliners Gara-Gara..

gempak
ZULHILMI JALIL
31/03/2020
07:54 MYT
Sponsor Banner
"Abang Wan Minta Tolong Hatta, Tapi..." - Hatta Dolmat Terkilan Tak Dapat Bantu Radzuan Radziwill Buat Pakaian Frontliners Gara-Gara..
Pereka fesyen Hatta Dolmat meluahkan rasa terkilan apabila tidak dapat bersama-sama membantu rakan seindustrinya yang juga pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill dalam menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE) kepada petugas barisan hadapan di hospital yang merawat pesakit Covid-19.
Menurut Hatta, keberadaannya di luar ibu kota ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini menyebabkan dia sukar untuk sama-sama melakukan dengan projek amal tersebut.
"Ni contoh paling bagus tak ada kecoh-kecoh, senyap-senyap je buat kerja. Kalau saya ada kat Kuala Lumpur Abang Wan, saya dah pergi tolong, tapi saya di Melaka.
"Abang Wan minta tolong Hatta, tapi Hatta kat Melaka. Siapa pereka fesyen atau orang fesyen dari dok pom pam situ tak kena, ini tak kena, pergilah tolong Datuk @radzuanradziwill ni lagi bagus," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Ni contoh paling bagus takde kecoh2 senyap2 je bust kerja, kalau saya ada kat kl bang wan saya dah pi tolong ? tapi saya di Melaka ! Abang wan minta tolong Hatta tapi Hatta kt Melaka ? Siapa fashion designer or fashion people, dari dok pom pam situ tak kena ini tak kena, pi tolong Dato @radzuanradziwill ni lagi bagus. . . If orang tanya Hatta siapa idol Fashion Designer idola Hatta, memang dari dulu Hatta akan cakap @radzuanradziwill dari Masa Hatta ambil degree, masa dia busy nak siapkan baju Tokti nak ke royal Albert Hall, dia sudi layan Hatta nak buat interview untuk thesis Hatta tajuk evolusi Kebaya. Sambil dia buat draping baju Tokti nak pergi Albert Hall. . . Hatta habis degree Hatta kerja part time dengan Dato buat illustations masa tu (2005 kot) . . Pastu masa buat house butik kt cheras lagi 2006 kot mcm tu Dato Call suruh ambil mesen jahit dia ada lebih nak bagi dia suruh ambil kalau nak pakai, tapi kita masa tu tak berberapa nak okay sgt financial tak ambil tapi ingatan tu tak boleh lupa. . . Jumpa la kat mana mana Dato still humble mcm dulu Hatta banyak belajar pasal rendah diri sebab Hatta tengok keperibadian Dato Radzuan and selalu doa nak jadi macam dia sentiasa rendah diri dan baik budi sebab tu orang akan ingat. . . Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati idola ku ini sepanjang hayat nya dan menyeliputi diri nya dan keluarganya dengan berkat dan kasih sayang mu Ya Allah. Amin ya rabal alamin ❤️
A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on
Dalam pada itu, Hatta turut memuji tindakan Radzuan yang sifatkan cukup merendah diri dalam setiap tindak-tanduknya.
"Kalau orang tanya Hatta siapa idola pereka fesyen Hatta, memang dari dulu Hatta akan cakap @radzuanradziwill, dari masa Hatta ambil ijazah.
"Jumpalah kat mana-mana Datuk masih merendah diri macam dulu. Hatta banyak belajar pasal rendah diri sebab Hatta tengok keperibadian Datuk Radzuan dan selalu doa nak jadi macam dia sentiasa rendah diri dan baik budi sebab tu orang akan ingat," kongsinya.
Terdahulu, Radzuan mengambil inisiatif menyediakan pakaian perlindungan diri pakai buang yang dijahitnya sendiri untuk digunakan oleh petugas kesihatan.
Usahanya itu dibuat selepas bersimpati melihat petugas barisan hadapan di hospital terpaksa menjahit sendiri menghasilkan PPE berikutan bekalan pakaian sedia ada yang tidak mencukupi.
BACA: Simpati Lihat Jururawat Buat Jubah Sendiri, Radzuan Radziwill Tampil Jahit Pakaian Perlindungan Diri Untuk Frontliners
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024