VIRAL
'Abang Wiring & CCTV' Muncul, Bakal Bersihkan Nama - "Setiap Manusia Lakukan Kesilapan"
"Saya akan bersihkan semula nama saya. InsyaAllah," demikian penjelasan yang dimuatnaik seorang pengguna dengan nama akaun Hairul Ezuan di Facebook, dipercayai individu yang didakwa terkait dengan kisah cinta terlarang dengan seorang guru wanita seperti yang tular beberapa hari lalu.
Menerusi hantaran terbabit, Hairul Ezuan yang turut berkongsi foto bersama seorang wanita dipercayai isterinya akan memberikan penjelasan berhubung kontroversi berkenaan.
"Untuk kes yang viral pasal saya ni. Saya akan huraikan satu persatu setiap cerita yang berlaku untuk pemahaman semua pihak," tambahnya.
.jpg)
Mengakui dirinya kilaf berhubung isu curang, dia turut menyatakan setiap manusia melakukan kesilapan.
"Setiap manusia melakukan kesilapan, saya mengaku salah dan silap saya. Ini ujian untuk diri saya.
"Nak teruskan kecam tak ada masalah itu hak awak. Tapi tolong jangan babitkan anak & ahli keluarga saya. Tolong asingkan bab kerja dan hal peribadi.
"Cuma saya nak cakap dosa dengan Tuhan kita boleh bertaubat, tapi kalau dosa dgn orang selagi orang tak ampunkan, Allah takkan ampunkan. Hati hati dalam komen dan menyebarkan," tambahnya lagi.
Terdahulu, warga maya dikejutkan dengan satu pembongkaran kisah cinta terlarang antara guru wanita dan seorang lelaki yang menjalankan perkhidmatan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) dan pendawaian elektrik (wiring) di rumah.
Ia berikutan, selain dakwaan menyatakan rumah tangga 'disondol', individu tersebut turut mendedahkan beberapa tangkap layar perbualan WhatsApp antara guru terbabit dan lelaki bergelar suami orang itu.
Must-Watch Video