Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Abby Abadi Dedah Anak-Anaknya Berkulit Putih Sebab Tak Main Panas, Duduk Dalam Aircond 24 Jam

Asyikin Mayudin
24/05/2024 00:55 MYT
Pelakon Abby Abadi kongsi video memperlihatkan momen dengan anak perempuannya iaitu Marrisa Dania Hakim menerusi akaun TikTok miliknya.

Anak Kulit Putih

Menerusi perkongsian itu, Marissa mahu menutup mulut ibunya ketika ada orang yang bertanyakan mengenai kulit anak-anaknya yang putih.

Abby mendedahkan, anak-anaknya tidak bermain panas dan hanya duduk dalam penghawa dingin setiap masa.

“Mama tengah sembang pun dia nak tutup mulut supaya diam padahal orang depan mama tanya kenapa anak-anak kita semua putih saja. Kita jawablah anak-anak saya tak main panas, duduk aircond 24/7.

“Nampak macam T20 saja duduk aircond 24jam kan? Ha tulah dia. Pengorbanan mama dan abah yang anak-anak kena tahu. Mama dan abah kerja keras tau nak anak-anak selesa, hidup macam orang kaya… walaupun.

“Dah duduk sendiri, dah ada anak-anak, dah kena bayar itu ini, baru faham nanti,” kongsinya.

Berdoa Untuk Ibu Bapa

Pada perkongsian yang sama, Abby turut menasihati pengikutnya di laman sosial agar sentiasa berdoa untuk ibu bapa masing-masing.

“Jadi semua yang membaca ini termasuk anak-anak saya, jangan berhenti doakan untuk mak ayah kita ok. Semua orang boleh datang dan pergi tapi mak ayah, adik-beradik.

“Terikat dengan ikatan darah. Semoga bersama hingga ke surga Allah, aminnnn,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abby turut mendoakan agar kesemua anaknya menjadi hamba Allah yang baik selain dipermudah segala urusan.

“Anak-anak dibawah jagaan saya, ada enam orang. Anak suami ada tiga orang. Jadi semua sembilan orang. Syukur Alhamdullillah. Nampak semua berusaha untuk jadi hamba Allah yang baik, yang mendirikam solat, menjaga aurat.

“Semoga Allah mudahkan semua urusan anak-anak ini dunia akhirat,” katanya.

Berhenti Cari Kesalahan

Sementara itu, Abby turut memberi pesanan kepada netizen agar berhenti mencari kesalahan dan sama-sama mengambil penganjaran dalam dugaan orang lain.

“Kurangkan mencari-cari salah orang. Sama-sama belajar untuk ambil pengajaran pada ujian yang Allah hadiahkan pada orang lain agar kita boleh memilih untuk tidak melalui ujian yang sama.

BERITA TRENDING: Abang Tesla Tanya, Kenal Marissa Atau Tidak? Ini Jawapan Umisya…

“Banyakkan berdoa agar kita sentiasa dalam redha dan kasih sayang Allah. Yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan ok,” nasihatnya.

#Abby Abadi #Norman Hakim #Marissa Dania Hakim #Anak Abby
;