Abby Abadi Dedah CCTV Kantoikan Marissa, Cerita Kronologi Pernikahan Anak Di Thailand
Maliah Surip
15/03/2024 13:41 MYT
15/03/2024 13:41 MYT
Kisah anak gadis Abby Abadi, Marissa Dania Hakim menikah sekaligus menjadi isteri kedua Mohd Aslam masih menjadi buah mulut selepas pasangan tersebut sehingga kini masih belum memberi kenyataan rasmi tentang kontroversi mereka.
Sebagai ibu, Abby, 46, dengan rendah hati dan tenang tampil menjawab bagi pihak anak yang dikongsi hasil perkahwinan pertama bersama Norman Hakim.
Abby yang cukup terkenal sebagai anggota kumpulan Elite dan pelakon satu ketika dahulu memberitahu Astro Gempak sebagai ibu dia reda dengan jalan hidup yang dipilih oleh anaknya, Marissa.
Dia juga tidak menafikan Marissa yang baru berusia 19 tahun sudah menikah dan menjadi isteri kedua Aslam.
Namun oleh kerana belum melihat pasangan tersebut mendaftarkan sekaligus
mengesahkan pernikahan mereka di Malaysia, Abby bimbang jika akad yang dilakukan di Thailand tidak sah.
“Saya memperakui Marissa dan Aslam menikah di Thailand. Sijil nikah mereka ada pada saya.
“Cuma saya mahu mereka selesaikan isu ini. Daftar pernikahan di Malaysia, sahkan ia kerana kita tinggal di Malaysia.
“Saya bimbang pernikahan di Thailand sah atau tidak sebab itu saya minta mereka daftar pernikahan di sini. Selesaikan benda yang belum selesai,” ujar Abby sewaktu ditemui Gempak.
Abby kemudian mendedahkan kronologi menyedari Marissa ‘hilang’ dari rumah dan menikah di Thailand bersama Aslam.
“Melalui CCTV, saya naik hairan apabila kawan Marissa keluar dari rumah saya. Pada hari sama Marissa dan Aslam menikah.
“Tapi saya tahu pun sudah lambat. Saya dapat kesan mereka di Thailand atas bantuan rakan polis. Saya beri maklumat dan mereka bantu jejak, tahu-tahu sudah di Thailand.
“Saya hubungi anak tetapi tidak dapat mungkin telefon bimbit ditutup.
“Saya mengharapkan benda tidak berlaku, tapi berlaku. Saya cuba menidakkan ia tak sah tapi siapalah saya kalau sudah Allah kata itu yang terbaik untuk mereka,” ujar Abby pasrah.
Mengakui tidak mengenal peribadi Aslam, Abby bagaimanapun reda dengan pernikahan yang telah terjadi.
“Kalau anak saya memilih untuk dia hidup bermadu, teruskan,” katanya ringkas.
Abby juga berkongsi cerita dan perasaannya terhadap dugaan yang dilalui dengan lebih mendalam menerusi temu bual eksklusif bersama GMW: Motif Trending yang akan disiarkan pada Sabtu, 16 Mac 2024.
Teruskan layari gempak.com/gempakmostwanted