Abby Abadi Tak Pilih Kasih

Zulaikha Yusof
Julai 9, 2020 01:36 MYT
Pelakon Abby Abadi, 42, tampil menjelaskan sebab mengapa dia sering memuat naik foto anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, 15, di Instagram (IG) berbanding foto anak-anaknya yang lain selepas ada yang mendakwa dia bersikap pilih kasih.
Menurut Abby, ia berikutan ulang tahun kelahiran Dania yang baru disambut pada hari Ahad lalu.
BACA: Cantiknya Anak Abby Abadi Di Hari Jadi, Macam Bertunang!
"Ada yang kata, kenapa asyik keluarkan gambar Dania je, yang sorang lagi tu kenapa tak keluarkan. Saya tahu dia maksudkan baby besar saya tu.
"Satunya dah ni kebetulan birthday Dania, jadi banyaklah gambar dia hehe. Pastu baby Danisha saya tu tak suka bergambar, taknak dia posing macam kakaknya ni. Karakter berbeza.
"Tapi kalau setakat mengusik, buli yang kecik Daiyan Dayana Darda tu dialah orangnya ye. Tu nyorok photobomb camtu, itulah dia. Tapi suruh posing takmaunya," tulisnya.
Tegas Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dia melayan kesemua anak-anaknya sama rata tanpa ada beza.
"Takdanya saya lebihkan Dania. Semua anak sama rata ja saya layan. Yang komen tu, cara dia macam tak puas hati ja, walhal dah 8888 kali saya cerita.
"Padan muka pun dah kena block haha. Jadi yang tak faham-faham tu tolonglah ye. Takda apa pun. Saya mama yang adil dan saksama ya," tulisnya lagi.
Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015.
Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.
Abby dan suami sudah memiliki tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
#Abby Abadi #Anak perempuan #Kasih Sayang