Hiburan
"#AbgasyikKalahaje" - Memang Terhiburlah Bila Aaron Aziz Kongsi Cerita Isteri Beli Karpet Guna Hashtag
Bila berkongsi cerita di Instagram miliknya, pelakon dan pengarah Aaron Aziz pastinya gemar menggunakan hashtag.
Yang menghiburkan sesiapa yang membaca, pastinya pelbagai hashtag yang ditulis oleh Aaron.
Pada satu IGTV di Instagramnya, Aaron berkongsi kisah 'kehilangan' isteri dan anak sulungnya.
"Abang pusing nak peluk isteri jam 10.30 pagi, tapi isteri hilang. Anak sulung pun takde. Apa apa pun Abang bersyukur.
"Mereka selamat cuma Abang aje tak selamat. Doakan yang terbaik semuaaaa. KENAPA dapur mesti ada 2 carpets? Tolong jawab Abang tak faham," tulis Aaron berkongsi kisah isterinya membeli karpet sehari sebelum hari raya.
Pelbagai hashtag digunakan oleh Aaron untuk menceritakan kisah isterinya membeli karpet sebagai perhiasan di hari raya.
Video yang dikongsi oleh Aaron turut memaparkan hamparan karpet hampir di seluruh rumahnya yang dihiasi oleh isterinya Diyana Halik.
Terdapat juga ruang kosong yang menyebabkan Aaron beranggapan ianya bakal dihiasi karpet untuk hari raya 2021 nanti.
Peminat-peminat turut meninggalkan komen yang nyata terhibur dengan apa yang dikongsikan oleh Aaron di dalam video tersebut.
Kalau kita mungkin ada Aeril Zafrel sebagai Raja TikTok, Aaron Aziz pula boleh digelar Raja Hashtag.
Kalau dulu, Aaron sering dianggap terlalu serius, tapi semakin lama dia semakin selesa untuk bergurau di media sosial bersama peminat-peminatnya.
Pelakon yang mendapat Darjah Kebesaran mahkota Pahang yang dihormati yang membawa gelaran Dato'ini berkahwin dengan Datin Diyana Halik dan mempunyai tiga orang cahaya mata.