Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Abhishek Bachchan Bersyukur Aishwarya Rai Hidup Normal, Bijak Urus Rumah Sendiri

Maliah Surip
15/08/2023 14:50 MYT
Aktor Abhishek Bachchan melahirkan rasa bersyukur kerana berkahwin dengan Aishwarya Rai yang disifatkan sebagai sempurna dan cekap dalam menguruskan rumah tangga mereka.

Perkara itu dikongsikan sewaktu Abhishek yang bakal muncul dengan filem baru, Ghoomer, berbicara dengan Humans of Bombay.

Abhishek bercakap demikian selepas mengaku kehidupannya sebagai seorang pelaku seni sangat padat dengan sehingga kurang mempunyai masa bersama keluarga.

Oleh itu dia sangat bersyukur kerana tugas dan urusan rumah dilaksanakan Aishawarya dengan baik meski dirinya juga merupakan bintang yang dipuja dunia.

“Kadang kala ada masa saya terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk dihabiskan bersama keluarga.

“Jadi semua urusan rumah diselesaikan isteri saya. Saya bangga kerana Aishwarya menguruskan kerja rumah sama ada berat atau ringin sendiri.

“Saya sangat bersyukur kerana Aishwarya ada dan dia menguruskan semua dengan baik,” ujar Abhishek.

Abhishek juga memberitahu di sebalik populariti dan kemahsyuran yang dikecapi sebagai bintang filem, ironi mereka juga menjalani kehidupan berumahtangga seperti pasangan lain.

“Kehidupan kami seperti pasangan rumah tangga yang lain. Normal seperti biasa. Jika tidak bekerja saya lebih gemar menghabiskan masa dengan keluarga.

“Aishwarya juga sentiasa memahami saya. Mungkin kerana kami berada dalam industri yang sama. Tapi kami sebolehnya menjalani kehidupan berumahtangga seperti orang lain juga,” katanya lagi.

Abhishek dan Aishwarya berkahwin pada April 2007. Mereka dikurniai seorang anak perempuan, Aaradhya.

BACA: Abhishek Bachchan Dedah Bapanya, Amitabh Pernah Pinjam Duit Pekerja Untuk Beli Makanan​

#Aishwarya Rai #Abhishek Bachchan #Syukur
;