Sudah menjadi trend keluarga sekarang meraikan ulangtahun kelahiran anak masing-masing secara besar-besaran dan bermewah-mewah.

Lain bagi penyampai radio Zayan yang meraikan ulangtahun kelahiran anaknya, Cahaya Malaika dengan penuh bersederhana.

Malah, hadiah yang diberikan kepada anaknya itu juga lain daripada lain!

"Abi orang kampung... Hadiah pun barang-barang kampung je. Semoga Cahaya Malaika menjadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan semesta alam," tulis Mawi.

Uniknya sambutan hari jadi anaknya itu, Mawi mengeluarkan sekotak besar hadiah yang dibalutnya sebagai kejutan.

Apabila membuka hadiah itu, anaknya terkejut apabila kotak itu terkandung barangan, permainan dan makanan ringan zaman 1990-an.

SELAMAT HARI LAHIR CAHAYA MALAIKA BINTI NORA'ASIKIN. MOGA MENJADI ORANG YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG LAIN & SEMESTA ALAM ? . @ekinmawi_cahaya

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


Hadiah itu turut dikongsi Malaika bersama saudara-maranya yang turut hadir memeriahkan majlis hari jadinya ketika itu.

Netizen memberikan pujian kepada Mawi yang mendidik anaknya dengan cara bersederhana sambil mengenang semula nostalgia zaman kanak-kanaknya.