Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Abi Pernah Rasa Dipuji, Abi Juga Pernah Rasa Dihina.." - PU Abu Nak Didik Anak-Anak Jadi Lebih Baik Daripada Dirinya

ZULHILMI JALIL 13/02/2020 | 08:05 MYT
Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan memberitahu bahawa dia akan berusaha untuk mendidik dua orang cahaya matanya yang diperoleh menerusi dua perkahwinan agar menjadi insan yang lebih baik daripada dirinya.
Perkara itu dikongsikan Abu menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak-anak aku jadi lebih baik daripada diri aku.
"Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan, yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak-anak aku," luahnya.
Entri berkenaan merupakan titipan pesanan khas yang dibuat untuk dua orang anak terunanya, Muhammad Adam Aysar dan Muhammad Uwais Al-Mateen.
Jelas Abu lagi, dia mahu anak-anaknya nanti juga tidak menjadi insan yang terlalu mengejar nikmat dunia kerana ia hanyalah tempat persinggahan sahaja.
"Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa di hina. Jangan fikir apa manusia kata tapi fikir apa Allah kata,
"Ingat, Allah adalah sebaik-baik tempat untuk minta dan mengadu. Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak-anak abi.
"Jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak-anak abi. Abi doakan agar anak-anak abi jadi anak-anak yang soleh. Korang sentiasa ada dalam hati abi walau jauh dan dekat. Abi sayang anak-anak abi," kongsinya.
Menerusi entri tersebut, Abu turut berkongsi sekeping foto yang memaparkan dua orang anaknya yang sedang tidur lena.

My heroes ? . . Aku akan cuba sedaya upaya untuk didik anak2 aku jd lebih baik dari diri aku.Aku tak punya harta yang banyak untuk ditaburkan,yang aku ada sedikit ilmu yang aku akan titipkan pada anak2 aku.Pesan abi buat anak2 abi,"dunia hanya tempat persinggahan kita,jangan terlalu kejar dunia sebab matlamat kita adalah akhirat.Abi pernah rasa dipuji dan abi juga pernah rasa di hina.Jangan fikir apa manusia kata tp fikir apa Allah kata.Ingat,Allah adalah sebaik2 tempat untuk minta dan mengadu.Kejarlah akhirat nescaya dunia akan kejar anak2 abi,jagalah Allah nescaya dunia akan jaga anak2 abi.Abi doakan agar anak2 abi jd anak2 yg soleh.Korang sentiasa ada dalam hati abi walau jauh dan dekat.Abi sayang anak2 abi".?????

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

Bagaimanapun, pendakwah yang pernah berkahwin sebanyak dua kali itu menutup ruangan komen pada posting tersebut.
PU Abu mendirikan rumah tangga dengan Hana Azraa pada Mei lalu dan dikurniakan seorang anak, Muhammad Uwais Al-Mateen.
Sebelum itu, pendakwah tersebut berkahwin dengan Ain 'Afini pada 31 Ogos 2018, namun hubungan tersebut terlerai pada Mac tahun lalu.
Kisah penceraian itu kemudian menimbulkan kontroversi apabila bekas isterinya itu diceraikan menerusi aplikasi WhatsApp ketika sedang hamil anak sulung mereka, Muhammad Adam Aysar.
#Pendakwah #PU Abu
;