,
Laman Utama

Abjad Mahu Bayang-Bayang Jadi Kenyataan

Maliah Surip
08/03/2022
04:30 MYT
Abjad Aksara, atau lebih mesra dikenali sebagai Abjad, merupakan sebuah kumpulan muzik yang dianggotai oleh Adam (vokal, gitar), Sairul (gitar), Ekmal (dram), dan Arel (gitar bass). Dengan barisan lineup yang kini sempurna, rakan-rakan ini mula mengorak langkah pertama mereka dengan menceburi bidang muzik secara serius.
Sebelum ini, mereka menggelarkan nama kumpulan sebagai papastathopulous. Mereka juga sempat mengeluarkan EP self-titled pada tahun 2019, kemudiannya disusuli dengan rilisan single berjudul ‘Kenang’ pada tahun 2020 .
Menurut vokalis dan pemain gitar Adam: “Kini pada tahun 2022, kami ingin mencuba sekali lagi menerusi penglibatan karya muzik, disertakan dengan niat yang lebih teliti dan komitmen yang tinggi dengan gelaran baru, Abjad yang membawa genre rock alternatif, secocok dengan gaya penulisan genre-fluid”.
Satu-satunya anak kelahiran Parit Buntar di antara mereka berempat telahpun membuat permulaan gerak langkah dengan mengeluarkan salah satu single pertama mereka, ‘Bayang-Bayang’, dan kemudiannya akan disusuli dengan dua lagi rilisan single untuk tahun 2022.
Mereka akan menuju kemuncaknya dengan rilisan album full-length mereka yang pertama.
Abjad menjelaskan Kisah di dalam lagu ‘Bayang-Bayang' ini merupakan tafsiran tersendiri tentang bagaimana sekiranya irama dan nada lagu tersebut dapat dizahirkan dalam bentuk perkataan.
“Bila dewasa nanti , kita perlu sedar bahawa dengan adanya kemahuan yang amat luar biasa dapat kita meninggalkan tabiat lama kita.
“Ibarat dicampak ke dalam sebuah pemikiran yang gelisah dan janggal, begitulah para pendengar akan berasa apabila dihidangkan dengan dengungan riff gitar yang tegang pada permulaan lagu Bayang-Bayang. Perasaan yang timbul inilah yang dicari Abjad Aksara, atau singkatannya Abjad buat pendengar trek ini,” kata mereka.
Apa yang lebih mereka banggakan, karya ini dipasarkan oleh syarikat gergasi tempatan, Luncai Emas.
“Kami melihat kolaborasi bersama Luncai Emas sebagai sebuah anugerah sekaligus menjadi peluang memasarkan karya Abjad sampai kepada peminat,” kata mereka.
Selain lagu, video muzik Bayang Bayang yang mendapat sentuhan Azriq Anwar sudah boleh ditonton menerusi saluran YouTube Luncai Emas sejak 16 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Empat Band Popular Bakal Gamatkan Pentas Destiny Of Music 2.0!

gempak
15/10/2024
10:05 MYT
Konsert Destiny of Music 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Hiburan

Bawa Macam Bola Ragbi, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Ramli MS Dengan Anak - “Steady Tok Ram! Kepit Gitu Je”

gempak
11/10/2024
09:00 MYT
Tular video di media sosial memaparkan momen mencuit hati Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
Viral

Lelaki Nyaris Dipijak Kuda Ketika Perbarisan Di Putrajaya, Bunyi Muzik Bingit Mungkin Punca

gempak
01/09/2024
02:55 MYT
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila nyaris dipijak oleh seekor kuda yang secara tiba-tiba bertindak agresif Ketika acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.
Hiburan

Band Underground Uncure Perjuangkan Isu Palestin, Bakal Adakan Showcase Tanda Soladiriti - "Kami Ingin Gabung Kelompok Berbeza"

gempak
25/08/2024
16:04 MYT
Atas kesedaran untuk menzahirkan solidariti terhadap saudara di Palestin, maka terlahirlah karya yang bertajuk 'Palestin : Hak Yang Dinafikan' oleh band Uncure yang dianggotai oleh Taiyuddin Bakar (vokalis), Anaz (gitar), Macik (drum) dan Hakim (bass).
BorakSeeni