Viral
"Abu & Ain Rujuk 2 Minggu Selepas Kami Nikah" - Hana Azraa Kantoikan Status Suami & Bekas Isteri
Isteri kepada pendakwah bebas PU Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan suaminya telah berbaik semula dengan bekas isteri dua minggu selepas mereka berkahwin.
Kata Hana, pendedahannya itu bagi mengelakkan spekulasi daripada orang ramai berhubung status perkahwinan mereka.
"I nak clear-kan semua benda. Serius dah tak kuasa nak layan benda-benda ni. Tak habis-habis lagi hampa noh.
"Depa tak mahu mengaku biar I habaq. I habaq bukan sebab busy body ka apa, serius tak dak tapi sebab orang duk tuduh I yang bukan-bukan.
"Ya, depa dua tu masih suami isteri. Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah.
"Mohon jelas ya semua. Antara I dengan dia dah tak ada apa-apa melainkan dia dengan Mateen," kongsi Hana menerusi akaun Instagramnya.
Tindakan Hana itu selepas Abu memuat naik sepotong video ucapan hari jadi buat anaknya bersama Ain 'Afini, Adam Aysar yang disertakan ucapan berserta nama anaknya bersama Hana, Mateen.
"Adam jangan risau sebab ada Abi dan Mateen yang sentiasa menyayangi Adam," tulis Abu dalam ucapannya yang mencetuskan rasa tidak puas hati segelintir pihak.
Sehubungan itu, Abu tampil menjelaskan tindakannya memetik nama Mateen dalam ucapan hari lahir anaknya itu.
"Adam dan Mateen kedua-duanya anak saya. Berhenti membanding-bandingkan antara kedua-duanya.
"Korang membandingkan mereka, aku yang terasa sebab aku ayah kepada Adam dan Mateen.
"Takkan hanya menyebut 'abi dan Mateen menyayangi Adam' tu pun boleh jadi isu.
"Come on gang, benda simple kot. Aku sebut macam tu sebab nak bagitahu Adam yang dia ada adik bernama Mateen. Itu je.
"Bab hargai tak hargai ibu yang melahirkan Adam tu cerita lain. Tak semestinya nak kena sebut dalam kapsyen.
"Bila aku tak update pasal Adam atau Mateen korang kata tak sayang anak, dah update pertikai benda lain pula.
"Aku tak koyak, cuma kelakar je," tambahnya.
Sebelum ini Hana mendedahkan dia bakal bercerai dengan Abu selepas melahirkan Mateen pada Januari lalu.
Pada April tahun lalu Abu jadi perhatian warganet kerana berkahwin lain ketika bekas isteri sarat hamil.
Hana dikatakan punca sehingga konflik tercetus di antara Abu dan Ain selesai pada 16 Mei tahun lalu apabila bercerai talak kedua.
Hasil perkahwinan hidup Abu dan Ain, mereka dikurniakan seorang bayi lelaki, Muhammad Adam Aysar yang lahir pada 7 Jun tahun lalu.