Hiburan

AC Mizal Dedah Pernah Alami Saat Getir...Hanya Ada RM250 Dalam Akaun!

Asraf Aided
18/12/2019
09:59 MYT
Pengacara popular, Datuk AC Mizal mendedahkan dia pernah mengalami saat getir sehingga baki dalam akaun simpanannya hanya tinggal RM250 sahaja.
Menurut AC, pengalaman getirnya itu dialami ketika awal perkahwinannya bersama isteri, Datin Emylia.
"Saya masih ingat pada awal perkahwinan saya dahulu, isteri sudah sarat mengandung, tunggu masa untuk melahirkan.
"Pada waktu itu, dalam akaun saya hanya ada RM250, fikir punya fikir macam mana nak tanggung kos isteri bersalin, Alhamdulillah saya diberi job oleh seorang kawan," katanya ketika ditemubual dalam program Currhat episod 2 pada Isnin.
Tambah AC, wang yang diperoleh dari pekerjaan itu hanya cukup untuk menampung kos untuk isterinya bersalin secara normal sahaja.
"Nak dijadikan cerita, tiba-tiba doktor beritahu isteri saya kena menjalani operasi caesarean, waktu itu terus fikirkan kos yang berganda!
"Selepas isteri selamat bersalin, termenung saya memikirkan wang yang tak cukup seribu lebih lagi, di sini, saya harus berterima kasih kepada seorang kawan dari Ipoh yang sudi meminjamkan wang waktu itu," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan Currhat yang ditayangkan pada setiap Isnin jam 9.00 malam di Astro PRIMA (saluran 105) dan PRIMA HD (121).
Sumber : InTrend Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Laman Utama

Belum Bersedia Jemput Afdlin Shauki & Awie Sebagai Tetamu, AC Mizal - “Bayaran Perlu…”

gempak
17/03/2023
12:00 MYT
AC Profesional
Hiburan

"Bukan Senang Cari Peniaga Melayu Macam Ni" - AC Mizal Puji Usaha Gigih Pengasas Sellection, Miliki Butik Besar Di Wangsa Maju!

gempak
06/02/2023
02:00 MYT
Sellection dah ada butik besar di Wangsa Maju!
Laman Utama

Genap Usia 18 Tahun, AC Mizal Hadiahkan Kereta Mewah Serba Biru Untuk Anak Bujang

gempak
11/05/2022
09:53 MYT
Happy birthday Damien!
All Together Now 2021

ATNMY: Makin Hampir Ke Penghujung, Tiga Aspek Penting Ini Perlu Dijaga Setiap Peserta!

gempak
02/11/2021
10:15 MYT
Tinggal dua minggu sahaja lagi, program All Together Now Malaysia (ATNMY) akan menjengah ke konsert akhir.