Pengacara Datuk AC Mizal terkenang kembali zaman remaja apabila memuat naik sekeping foto perkahwinannya bersama isteri Datin Emylia Rosnaida.

Menerusi laman sosial Instagram, AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.

“Tengok gambar ni teringat zaman remaja dulu-dulu,” tulis AC ringkas di ruangan kapsyen.

Pada majlis persandingan yang diadakan di Ipoh Perak pada tahun 2002 itu, AC dan Emylia masing-masing mengenakan busana berwarna putih dan aksesori sebagai pelengkap gaya.

Tengok gambar ni terus teringat Zaman Remaja dolu2 .. Malam ini Suara Viral , Konsert 2 , Tema Mengimbas Zaman Remaja,, lagu2 yg dinyanyikan oleh kakak2 dan abang2 Frontliner smua lagu2 zaman remaja kita dulu, klu dengar sure teringat zaman dulu2 hihihi , Malam ni 9PM Suara Viral di Astro Prima & Prima Hd , 105 & 125

A post shared by ✌️OfficiallyDATO AC MIzal IG™️ (@emyliadac) on

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai pengikut yang teruja dengan penampilan kacak AC yang sinonim dengan watak Inspektor Mazlan dalam sebuah drama kepolisan Gerak Khas.

“Teringat muka Datuk sama dengan Inspektor Mazlan,” komen seorang wargamaya.

“Ini yang dalam cerita Gerak Khas tu kan?” tanya seorang wargamaya.

“Nak tanya AC warna lipstick tu color apa ye?” usik seorang wargamaya.

“Alhamdulillah susah senang bersama. Perjalanan yang penuh cerita. Semoga Allah murahkan rezeki Datuk dan Datin. Ini memang legend,” doa seorang wargamaya.

“Zaman kegemilangan ni, Datuk AC kurus dan kacak,” puji seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, AC pernah berkahwin dengan Shafnie Zainuddin pada 24 Jun 1995 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki dan berpisah pada 17 Oktober 2001.

Kemudian AC dan Emylia mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2002 dan menpunyai dua anak iaitu Damien dan Fea.

Dalam perkembangan lain, AC kini menjadi hos bagi sebuah rancangan realiti terbaru di Astro, Suara Viral.

Suara Viral yang dibawakan oleh Nivea selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 17 Jun, setiap Rabu pada pukul 9 malam.






Bagi pilihan yang lebih fleksibel, penonton juga boleh menyaksikan program tersebut secara strim menerusi aplikasi Astro GO.