HIBURAN
AC Mizal Umum Konsert Last 4U2C? - “Tak Payah Susah Susah Nak Kutuk, Kami Lakukan Ini Buat Kali Terakhir”
Anggota kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal berharap orang ramai dapat menghentikan tohmahan berkenaan dengan penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live in Concert’ yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, AC memaklumkan konsert tersebut bakal menjadi persembahan terakhir mereka selepas lebih 30 tahun bersama dalam industri muzik.
Terdahulu, penganjuran konsert ‘WE 4U2C Live In Concert’ menjadi bualan hangat apabila bekas pengurus iaitu Man Senoi mendakwa kumpulan itu tidak boleh mengadakan konsert selepas terpalit isu mengenai hak cipta serta pemilikan lagu.
4U2C kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dan meminta Man Senoi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sekadar info, konset ‘WE 4U2C Live In Concert’ bakal berlangsung pada 15 September ini bertempat di Idea Live Arena, Petaling Jaya
Bakal jadi konsert terakhir?