VIRAL

Acara Wajib Setiap Kali Tunggu Pengumuman Puasa Bermula, Netizen Mula Teka Warna Baju Melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Asyraf Roslan 28/02/2025 | 11:25 MYT

Setiap kali tiba bulan ramadan, acara wajib rakyat Malaysia adalah meneka warna baju melayu yang akan dipakai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semasa pengumuman bulan Ramadan.

Beberapa keping gambar Syed Danial memakai baju Melayu sebelum ini telah dikumpulkan dan disusun dalam bentuk kolaj untuk membuat tekaan yang paling hampir.
Di laman X, rata-rata netizen sudah memberi tekaan warna masing-masing.
“Nak teka baju melayu hijau malam ni.
“Teka dia pakai baju melayu warna ape, aku:Merah.
“Aku pulak teka baju melayu harini kuning pucat, kahkahkah takde kerja la kau ni Anep, selamat mencerap anak bulan!
“Kitorg tengah teka pemegang cap mohor diraja pakai baju melayu warna apa malam ni. Aku teka royal blue. Enun teka emerald green. Shaz teka kelabu. Mari kita tengok siapa yang kenaaa,” kata netizen.
Terdahulu, tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446 hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dalam satu kenyataan berkata, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

#Ramadan #Puasa #Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja #Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad