Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ace Talent Buka Langkah Tahun 2022, Lancar Lagu OoTD Raya!

Amri Hassan
09/04/2022 10:55 MYT
Selepas negara diduga dengan pandemik hampir dua tahun, kini lapangan seni kembali bernafas.

Membuka lembaran baharu, syarikat pengurusan Ace Telent tidak ketinggalan berkongsi pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2022.

Berperanan sebagai sebuah syarikat pengurusan artis, Ace Talent sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik dalam memastikan industri hiburan negara terus bernafas dengan mengenegahkan bakat-bakat terbaik.

Selain gus, Ace Talent terus menggilap bakat baharu, malah turut memberi perkhidmatan terbaik buat artis naungannya.

Bukan sekadar memenuhi permintaan industri, Ace Talent juga mencari kelainan dalam mempertaruhkan bakat baharu untuk menyemarakkan arena seni tempatan.

Menghargai setiap anak seni mempunyai kelebihan tersendiri di Ace Talent sentiasa membantu setiap artis naungan untuk pergi lebih jauh.

Berkongsi harapan agar Ace Talent terus menjadi jenama pilihan dalam melahirkan lebih ramai bakat baharu, pengarah urusan Ace Talent, Azuein Alonto sentiasa yakin dengan strategi dan misi yang dibawa syarikatnya ini

"Di Ace Talent kami sentiasa melihat potensi dalam artis yang kami uruskan. Bukan itu sahaja dalam memastikan peminat seni di negara ini terus diberi pilihan untuk mendapatkan lebih ramai pendatang baharu dalam industri menjadi harapan kami juga untuk terus menggilap lebih ramai bakat baharu.

"Untuk tahun 2022 kami juga sudah mengatur pelbagai perancangan dalam memastikan nama Ace Talent menjadi pilihan lebih ramai artis untuk mengembangkan karier mereka bersama kami," katanya.

Berkongsi keberkatan dan kemanisan Ramadan kali ini, buat pertama kali juga Ace Talent turut melancarkan lagu raya nyanyian artis naungannya berjudul ‘OoTD Raya’.

Yakin akan lagu ini bakal mendapatkan tempat di hati pendengar, apa yang lebih penting, jelas Azuein lagu nyanyian Moleque ,Unknown, Cikidot (zarol), Aliff idham dan Al Farabi ini juga mempunyai keunikan tersendiri.

OoTD Raya merupakan lagu ciptaan Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talent.

"Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu ‘OoTD Raya’ ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.

"Di Ace Talent kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar," jelasnya.



Muzik video Ootd Raya akan dilancarkan pada 11 April ni pukul 8 malam di saluran YouTube Ace Talents.

#Ramadan #Lagu raya #Syawal #Ace Talent #Da Unknown #Ootd Raya #Azuein Alonto #Moleque
;