Acha Septriasa Anggun Di Majlis Pernikahan Mengikut Adat Jawa

Syafiqah Jalal
Disember 13, 2016 06:31 MYT
Bintang filem My Heart, Acha Septriasa kelihatan anggun pada majlis pernikahannya bersama jejaka pilihan, Vikcky Kharisma, Ahad lalu.
Menurut laporan KapanLagi, Acha yang bersanggul tinggi serta berkebaya tradisional Jawa berona perak itu diraikan penuh adat di negaranya.
Sementara itu, menerusi laman sosial Instagram Acha, memberitahu dia diiring masuk oleh ibu saudaranya yang membawanya langkah ke pelamin dengan kaki kanan seperti mengikut salah satu adat Jawa.
Majlis yang diadakan di Hotel Le Meridien, Jakarta itu turut dihadiri oleh seluruh keluarga bagi kedua-dua belah pihak.
Seminggu sebelum bernikah Acha dan Vicky telah mengikat tali pertunangan.
Berikut merupakan foto-foto sepanjang pernikahan pasangan ini:
#Kahwin #Acha Septriasa #Nikah #Kahwin #My Heart