Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Acha Septriasa Hamil Anak Sulung

Syafiqah Jalal 07/04/2017 | 07:24 MYT
Pelakon yang popular menerusi filem My Heart, Acha Septriasa, 27, mengakui sedang hamil anak pertama.
Menerusi laporan Kapanlagi.com, Acha telah berkongsi berita kehamilan itu kepada media dan gembira mengenai perkhabaran tersebut.
"Alhamdulillah, saya kini sedang hamil 14 minggu dan semuanya berada dalam keadaan baik.
"Ternyata saya gembira untuk berkongsi berita ini kepada semua orang dan berharap agar mereka dapat mendoakan keadaan kesihatan saya bersama bayi dalam kandungan.
"Saya tidak mengalami alahan yang begitu teruk dan cuma teringin makan murtabak serta empal gentong iaitu sejenis masakan tradisional masyarakat Cirebon Jawa Barat," katanya.
Tambah Acha, dia dan suami tidak mementingkan jantina anak lelaki atau perempuan sebaliknya bersyukur dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada mereka.
Acha dan Vicky Kharisma berkahwin pada 11 Disember tahun lalu.
Teks oleh : Rozaimi Zubaidi
#Acha Septriasa #Mengandung
;