Pelawak dan penyanyi Achey mengambil alih tugas menjaga ayahnya, Hamzah Salam daripada adik-beradik yang lain ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Achey, ahli keluarga lain perlu kembali bekerja dan ini merupakan masa terbaik untuk dirinya meluangkan masa bersama bapa kerana sebelum ini sibuk dengan kerjaya.

"Tiba giliran aku.. Selagi ada ruang dan peluang untuk mereka..Terima kasih abang kakak dan adik-adik ku selama 2 bulan korang direct jaga permata kita ni.

"Sekarang korang dah kena kerja semula tapi korang kena jaga kesihatan korang dan keluarga.. Duit memang boleh cari tapi jasa dan tenaga korang semua tak termampu aku balas.

"Kalau sebelum-sebelum ini ikut masa dan kekangan saya paling kurang turun padang.. Tapi terima kasih adik beradik faham situasi dan kerja saya dan sekarang saya juga kena faham situasi mereka," tulisnya di Instagram (IG).

Perkongsian itu dimuat naik dengan rakaman sebuah video berdurasi satu minit semalam.

Bismillah.. .. Tiba giliran aku.. selagi ada ruang dan peluang untuk mereka..terima kasih abang kakak dan adik2 ku selama 2 bulan korang direct jaga permata kita ni.. now korang dah kena kerja semula tapi korang kena jaga kesihatan korang dan keluarga.. duit mmg boleh cari tapi jasa n tenaga korang semua tak termampu aku balas.. .. Kalau sebelum2 ni ikut masa dan kekangan.. saya paling kurang turun padang.. tapi terima kasih adik2 beradik paham situasi dan kerja saya.. dan sekarang saya juga kena paham situasi mereka.. .. Pesan abah : kalau kita tak boleh jadi pemimpin pada keluarga usah jadi pemimpin pada masyarakat.. .. Saya tak sebaik mana tapi terpanggil untuk berpesan jagalah kebajikan ibu dan ayah anda jika mereka masih ada.. ruang pahala luas ada pada mereka.. #hamzahngaisyahgenerations

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on


Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah sempat berpesan supaya tidak lupa untuk menjaga kebajikan ibu bapa sementara mereka masih bernyawa.

"Pesan abah kalau kita tak boleh jadi pemimpin pada keluarga usah jadi pemimpin pada masyarakat.

"Saya tak sebaik mana tapi terpanggil untuk berpesan jagalah kebajikan ibu dan ayah anda jika mereka masih ada. Ruang pahala luas ada pada mereka," tulisnya lagi.