Pelakon Hairul Azreen memaklumkan dirinya sudah selamat menjalani pembedahan pada bahagian lutut kirinya yang mengalami kecederaan serius, pada Khamis.

Menerusi muat naik terkini di laman Instagram, Hairul, 34, berkata dirinya masih berasa pening kesan daripada pembedahan tersebut selain berterima kasih kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

Dalam masa sama, Hairul turut mendedahkan pembedahan ACL kali ini merupakan yang kedua selepas kali pertama pada 2014 tetapi pada lutut bahagian kanan.

“Saya baru sahaja selesai pembedahan dan baru sedar. Masih pening-pening kepala.

“Apa pun, terima kasih semua yang mendoakan saya. ACL kanan 2014, ACL kiri 2023,” tulisnya pada kapsyen.

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Pada hantaran sama, suami kepada aktres Hanis Zalikha itu turut berkongsi beberapa gambar dia sedang terbaring di atas katil hospital.

Terdahulu, Hairul memaklumkan yang dirinya tidak dapat meneruskan penggambaran sebuah filem berjudul The Original Gangster arahan Syamsul Yusof berikutan mengalami kecederaan serius.

Malah, dia turut menyatakan rasa dukacita terhadap pengundurannya kerana mengalami kecederaan urat lutut di bahagian kiri (ACL).

BACA: Urat Lutut Putus, Hairul Azreen Tak Dapat Teruskan Filem Arahan Syamsul Yusof - “Dah Sampai Masa Saya…”

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.