Penyanyi, Mawi memuji lakonan Marsha Milan dalam filem reboot, Rahsia.

Mawi menerusi ruangan komen memuji Marsha yang berjaya membawakan watak Melur dengan begitu baik.

“Acting kau power dalam ni Marsha! Tahniah! Wife aku pun cakap kau power,” tulisnya.

Marsha menerusi ruangab komen yang sama mengucapkan terima kasih kepada Mawi kerana menonton filem lakonannya.

“Alhamdulillah, thank you Wi,” balasnya.

Tidak hanya Mawi, malah para peminat filem tempatan juga mengagumi Marsha.

“She dengan @kupu_kupu pulak hebat macam mana, terus lupa ya you penyanyi bila tengok cerita ni,” @khairaoul

“Marsha sesuai gila bawa watak hantu tu. Suara, lakonan, nyanyian sesuai betul untuk set up seram Rahsia ni,” @alikerinting

BACA: “Aura Dia Lain Macam” - Pengarah Gerun Jumpa Lagenda! Eman Manan Setuju Berlakon Rahsia Lepas Baca Skrip

BACA: “Saya Gementar…” - Watak Marsha Dalam Rahsia Memang Superb!

BACA: “Suami Suruh Buang Karakter Itu Baru Jumpa Dia” - Watak Ramlah Buat Perangai Nabila Huda Jadi Lain

Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading mendapat pujian pengarah Aziz M Osman.

Rahsia mendapat sentuhan pengarah berbakat, Shamyl Othman iaitu anak kepada sutradara asal naskhah Rahsia 1987, Othman Hafsham.

Manakala skrip pula dihasilkan oleh creator drama premium Astro, One Cent Thief iaitu Alfie Palermo.

Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.

Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.

Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.

Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.

SINOPSIS:

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.

Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.

Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.

Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.

Jangan lupa saksikan Rahsia yang kini berada di pawagam seluruh negara.