"Actually Ayah Tak Ada Selera Makan... Aku Habiskan Makanan Dia" - Bapa Haniff Hamzah Masuk Hospital

Kamaruddin Razal
Disember 11, 2018 11:28 MYT
Bapa kepada penyampai radio ERA Haniff Hamzah, Hamzah Hassan dimasukkan ke hospital untuk menukar bateri bagi alat elektrik yang merangsang denyutan nadi dan jantung (pace maker).
Haniff berkongsi berita terbabit menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
"Kol (B) Hamzah Hassan not so strong today. Ayah dah 11 tahun pakai pace maker untuk jantung. Tadi pagi tukar battery. Ayah is a cyborg.
"Gambar macam aku suap dia. Actually ayah tak ada selera makan so oleh kerana aku perlukan tenaga untuk ke stadium hari ini, aku habiskan makanan dia. Mama amik gambar kasi kantoi," seloroh Haniff.
Di ruangan komen, kebanyakan peminat Haniff mendoakan agar bapanya segera pulih dan kembali sihat seperti biasa.
Haniff mengendalikan segmen Johara Pagi ERA setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi bersama Johan dan Ray.
#Era #Era #Haniff Hamzah