As’ad Motawh Punya Sebab Tayang Badan Di Media Sosial
Izwan Isa
31/07/2022 04:20 MYT
31/07/2022 04:20 MYT
Penyanyi As’ad Motawh mendedahkan dia lebih berdisplin dalam mengelolakan rutin harian selepas memilih untuk menjalani hidup yang lebih sihat.
Menurut pelantun lagu Senyum itu, sejak bersenam di gimnasium, dia kini kerap tidur dan bangun pagi lebih awal ke arah menjadi versi dirinya yang lebih banyak daripada sebelumnya.
“Ya betul, saya kini sedang menjalani rutin hidup yang lebih sihat. Saya cuba untuk mencabar had yang ada dalam diri sementara saya masih hidup. Saya nak tengok berapa jauh saya boleh pergi.
“Ketika saya jalani gaya hidup sihat, saya memang tidak hiraukan pendapat orang lain. Tiada apa yang lebih penting berbanding kepuasan diri. Saya bangun pukul 5.30 pagi setiap hari dan tidur pukul 10 malam. Saya cuba jaga disiplin saya sebaiknya, cuba jadi versi saya yang lebih baik,” katanya kepada Gempak.
As’ad berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran komputer riba baharu HP di The Starhill, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ditanya adakah disebabkan hal itu, dia gemar menayangkan badan di media sosial, jawab As’ad: “Sebahagian daripada apa yang saya tonjolkan di media sosial memberi motivasi kepada orang muda di luar sana.
“Sebab saya ada peminat, mereka ‘pandang’ saya dan mungkin berkata dalam hati yang mereka mahu menjadi seperti saya suatu hari nanti.
“Ada sahaja yang meminta saya tunjuk lebih (tayang badan), tapi saya cuba untuk tidak kongsi dengan berlebihan,” katanya yang turut mengajak semua untuk turut menjaga kesihatan fizikal dan juga mental.
Berkongsi perkembangan terbaharu, As’ad berkata, dia kini lebih selesa untuk duduk di belakang tabir dan mengarahkan iklan serta klip video.
“Saya sedang tumpukan fokus pada syarikat produksi saya bagi penerbitan klip video dan juga iklan. Untuk lagu pula, saya ada material baharu cuma perlu dirahsiakan buat masa ini,” katanya lagi.